Friday 2 December 2011

Selamat Datang Ke TAB

Di sinilah permata anda akan belajar , bermain dan membesar dengan rakan-rakannya dengan terasuh.

Kami mengimbangi keperluan mereka antara  akademik  dan kerohanian agar terdidik menjadi insan yang soleh di dunia dan di akhirat.

Pendidikan awal sahsiah adalah untuk membentuk anak ini mengikut landasan nilai-nilai Islam.

Visi kami melahirkan pelajar bijak , berakhlak dan soleh

Perkhidmatan yang disediakan :-

Pembelajaran
Pembelajaran terkini menggunakan Multi Media  program iaitu MIKIDS
Meliputi 4 subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Moral (Pendidikan Islam)
Subjek Bahasa Melayu menggunakan program E-DAYA

Pengajian
Jawi, Iqra dan Al-Quran setiap hari selepas tengahari , di samping hafazan surah-surah lazim dan doa-doa harian sebelum memulakan kelas pagi .

Kelas Pemulihan
Kami menerima pelajar sekolah yang masih kurang lancar membaca samada Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris  dan Jawi

Penjagaan
Kami juga menyediakan menjagaan untuk anak anda ketika anda bekerja dari  7.00 pg - 6.00 ptg.

Transit
Kami juga menguruskan anak anda yang berada di sekolah ketika anda kesibukan.
Mengambil mereka di sekolah waktu tengahari , menyediakan makan tengahari , mandi, solat dan hantar ke kelas fardhu- ain (KAFA) di Taman Semarak ,Parit Buntar dan Kafa di Universiti Sains Malaysia Transkrian ,Nibong Tebal.

Sekolah yang diuruskan transit  hanya di sekitar Parit Buntar- Sekolah Keb. Sri Kerian, Sekolah Keb. Permatang Tok Mahat, Sekolah Keb. Methodist dan  Sekolah Keb. Baru .

Pengangkutan

Kami juga menyediakan van  untuk mengambil  dan menghantar anak anda ke sekolah .
Hanya sekitar Parit Buntar.

Kelas Tambahan


Kelas  Bahasa Inggeris  9.30 pg- 11.30 pg
Kelas Arithmatik         11.40 pg- 1. 40 ptg
Setiap HARI AHAD

No comments:

Post a Comment