Sunday 19 May 2013

SELAMAT HARI GURU 2013

Selamat hari guru untuk semua guru-guru yang telah banyak menabur jasa. Guru-guru yang mengajar guru supaya menjadi guru yang sebenar.

                        Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat

Tuesday 12 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul

 Pelajar berselawat nabi  beramai- ramai  .............
 Saat-saat yang mengembirakan.... jamuan
 Semua teruja tengok banyak makanan...
 Perbarisan sebelum mulakan perarakan..


Pelajar berarak sejauh 200 meter sambil berselawat nabi..

Saturday 5 January 2013

PROGRAM PEMBELAJARAN DI TAB

Kesemua pelajar di Tadika Asuhan Bestari adalah muslim . Pada awal pembukaan tadika lagi matlamat kami adalah untuk membentuk sahsiah anak-anak supaya mereka menjadi insan yang  berilmu dan bertakwa.

Walaupun  mendaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK)  tetapi untuk kelainan serta pemantapan pembelajaran pelajar  pihak pengurusan telah menggunakan program MIKIDS sejak tahun 2010.

Setelah tiga tahun menggunakan program MIKIDS kami dapati pelajar dapat menguasai  lebih banyak      skil yang didedahkan melalui pengajaran dan pembelajaran melalui multimedia.

Diantara kemahiran yang mereka dapat perolehi melalui program ini :

Kemahiran mendengar bunyi sebutan yang betul

Kemahiran menyebut dan intonasi suara


Kemahiran membaca dan memahami maksud


Kemahiran menulis dengan tatabahasa dan susunan ayat


Kemahiran logikal dan analitikal


Kemahiran menyelesaikan masalah


Kemahiran menerangkan dan bergaul.





Perkara yang paling penting kanak-kanak sangat seronok belajar  jika guru mengajar mengguna kaedah ini. Secara tidak langsung menarik minat mereka untuk memberi lebih tumpuan di dalam kelas.

Selain daripada pembelajaran matapelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Moral yang mneggunakan program MIKIDS , kami juga menggunakan Program E DAYA untuk matapelajaran Bahasa Melayu.

Untuk pengisian matapelajaran Pendidikan Islam

-Pelajar diajar penulisan dan pembacaan Jawi,

-Pelajar juga di ajar perkataan-perkataan mudah Bahasa Arab
-Pelajar diajar cara mengambil wuduk, bacaan-bacaan dalam solat dan melakukan  amali solat setiap hari Jumaat
-Pelajar diajar hafazan surah-surah pendek
-Pelajar diajar Iqra dan Al Quran seawal usia 4 tahun


Semoga pendedahan awal ini  dapat membentuk sahsiah anak-anak ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan  seterusnya menjadi pewaris nabi Muhammad SAW serta para ambia' .  Insyaallah!.



Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami.