Monday 12 December 2011

KELAS BAHASA INGGERIS

Kelas Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Teacher Mahnum ( Teacher Anum) telah bermula pada hari ahad lepas  bermula pukul 9.30 pagi sehingga 11.30. Di hadiri oleh 3 orang pelajar baru.

Sebagai makluman beliau mempunyai pengalaman mengajar di beberapa sekolah sebagai guru sandaran serta pernah mengajar di pusat tuition terkenal di Kuala Lumpur dan pernah mengajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur juga.

Beliau  yang juga bekas pelajar UUM dan UITM dalam bidang pengajian TESL, kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan ini beliau sanggup mencurah segala pengetahuan dan pengalaman kepada anak bangsanya .

Inilah peluang yang patut kita ambil untuk memberi peluang anak-anak kita menimba ilmu daripada Teacher Anum.

KELAS MINGGU DEPAN AKAN DIADAKAN PADA HARI JUMAAT  16 DISEMBER 2011           3 PETANG - 5 PETANG

No comments:

Post a Comment