Monday 12 December 2011

KELAS MENTAL ARITHMATIK

Kelas Mental Arithmatik telah bermula sejak tahun 2010 di TAB,  bermula daripada 4 orang pelajar dan sekarang seramai 11 orang.  Kelas yang dikendalikan oleh Teacher Faridah bermula pada pukul 11.30 pagi - 1.30 petang.



Kelas ini sememangnya membantu anak-anak kita yang lemah dalam pengiraan dan susah menghafal sifir.


Cikgu Faridah akan membantu anak-anak kita dengan beberapa teknik untuk mereka menguasai tambah, tolak , bahagi dan sifir dengan pantas. Cuma perlu sedikit perhatian daripada ibu bapa pada permulaannya untuk memastikan anak-anak melakukan kerja rumah yang diberi kepada mereka  cuma  15 minit sehari.


Untuk makluman sepanjang Disember kelas Mental Arithmatik akan bertukar ke Taska Permai di Taman Damai Pada pukul 7 malam-9 malam

No comments:

Post a Comment