Di sinilah permata anda akan belajar , bermain dan membesar dengan rakan-rakannya dengan terasuh.
Kami mengimbangi keperluan mereka antara akademik dan kerohanian agar terdidik menjadi insan yang soleh di dunia dan di akhirat.
Pendidikan awal sahsiah adalah untuk membentuk anak ini mengikut landasan nilai-nilai Islam.
Visi kami melahirkan pelajar bijak , berakhlak dan soleh
Perkhidmatan yang disediakan :-
Pembelajaran
Pembelajaran terkini menggunakan Multi Media program iaitu MIKIDS
Meliputi 4 subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Moral (Pendidikan Islam)
Subjek Bahasa Melayu menggunakan program E-DAYA
Pengajian
Jawi, Iqra dan Al-Quran setiap hari selepas tengahari , di samping hafazan surah-surah lazim dan doa-doa harian sebelum memulakan kelas pagi .
Kelas Pemulihan
Kami menerima pelajar sekolah yang masih kurang lancar membaca samada Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Jawi
Penjagaan
Kami juga menyediakan menjagaan untuk anak anda ketika anda bekerja dari 7.00 pg - 6.00 ptg.
Transit
Kami juga menguruskan anak anda yang berada di sekolah ketika anda kesibukan.
Mengambil mereka di sekolah waktu tengahari , menyediakan makan tengahari , mandi, solat dan hantar ke kelas fardhu- ain (KAFA) di Taman Semarak ,Parit Buntar dan Kafa di Universiti Sains Malaysia Transkrian ,Nibong Tebal.
Sekolah yang diuruskan transit hanya di sekitar Parit Buntar- Sekolah Keb. Sri Kerian, Sekolah Keb. Permatang Tok Mahat, Sekolah Keb. Methodist dan Sekolah Keb. Baru .
Pengangkutan
Kami juga menyediakan van untuk mengambil dan menghantar anak anda ke sekolah .
Hanya sekitar Parit Buntar.
Kelas Tambahan
Kelas Bahasa Inggeris 9.30 pg- 11.30 pg
Kelas Arithmatik 11.40 pg- 1. 40 ptg
Setiap HARI AHAD
No comments:
Post a Comment